2012-02-15

The Simpsons 500th Episodes

Pada 13 Februari 2012 bertempat di Hotel Hollywood Roosevelt, Hollywood, California, USA. Fox Studio telah meraikan Siri TV Animasi The Simpsons sempena tayangan episod yang ke 500 yang akan di tayangkan pada hari Ahad 19 Februari 2012 ini. Keraian itu juga disertai oleh Matt Groening iaitu pencipta siri TV Animasi ini bersama-sama krew yang lain dan barisan pelakon suara. Siri animasi ini telah mula ditayangkan pada 17 Disember 1989 hinggalah sekarang yang telah mencapai musim yang ke 23. Ia Mengisahkan kehidupan sekeluarga iaitu Homer, Marge, Bart, Lisa & Maggie di Bandar Springfield.


Matt Groening pencipta Siri TV Animasi The Simpsons

Barisan Krew The Simpsons & Para Pelakon

Kek The Simpsons 500th Episode, berbentuk Donat iaitu makanan kegemaran Homer

No comments: