2009-12-29

Buku Bulan 3D Artist Terbaru

Keluaran 009

Huhu kite dah sampai akhir tahun 2009 nak masuk tahun baru 2010 dah.Pepepun hidup mesti teruskan walau apa pun bidang yang kita ceburi.Di atas adalah majalah bulanan 3D artist keluaran 009 telah berada dipasaran. Bagi sesiapa yang berminat dan menceburi bidang 3D boleh dapatinya di pasaran dengan harga lebih kurang RM 45 sebuah.Ia disertakan juga dengan CD yang mengandungi banyak koleksi objek,tekstur dll.Kalau korang duk kat Kuala Terengganu, bleh dapatkan majalah ini di Pustaka Seri Intan 2.

2009-12-19

Novel Terbaru terbitan PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Novel bertajuk Trilogi Kembara Lang Surya : Bahagian I, Pendeta Gua Khayalan, novel ini adalah hasil karya Masdalifadzlie M Saaid manakala ilustrasi Kulit Buku adalah karya Roshfaizal. Buku ini berharga RM 12.00 setelah mendapat potongan harga, Harga asal novel ini adalah RM 14.00 di Sem. Malaysia manakala RM 16.00 bagi Sabah/Sarawak.Ku telah membeli novel ini pada 17 hb Disember 2009 di Syarikat Muda Osman Sdn. Bhd. (SMO) caw. Jerteh, Terengganu.

2009-12-14

Clive Staples Lewis / C.S.Lewis Pernah Berkata...

"Literature adds to reality, it does not simply describe it. It enriches the necessary competencies that daily life requires and provides; and in this respect, it irrigates the deserts that our lives have already become."

2009-12-12

John Ronald Reuel Tolkien/J.R.R. Tolkien pernah berkata...

“There is nothing like looking, if you want to find something. You certainly usually find something, if you look, but it is not always quite the something you were after.”

2009-12-10

Konsep Seni Saga Artakusiad karya Rosh Studio




Lagenda Penulis Novel Sains Fantasi (Sci-Fi)


6 Siri Novel Saga Artakusiad

Penulis : Ahmad Patria Abdullah

Ku amat kagum dengan penulis novel Sci-Fi tempatan iaitu Ahmad Patria Abdullah kerana telah menghasilkan karya tempatan yang setanding dengan novel-novel Sci-Fi Antarabangsa. Khabar gembira buat peminat novel Saga Artakusiad ke7 bertajuk Lagenda Numerius bakal muncul buat masa terdekat.

Enam Siri novel Saga Artakusiad yang telah diterbitkan iaitu:
1.Permata Aurorius
2.Kota Arialun
3.Kembar Aktakus
4.Petua Azkram
5.Puteri Alindalia
6.Pedang Aurora

Diharap ramai lagi penulis muda tempatan mengikut jejak langkah Ahmad Patria dalam menulis karya-karya novel Sci-Fi yang bermutu.

2009-12-09

Dan Castellaneta Pernah Berkata...

“No matter how good you are at something, there's always about a million people better than you.”

2009-12-07

Tutorial LightWave IK Booster by Kurv Studios

IK BOOSTER 01


IK BOOSTER 02


IK BOOSTER 03


IK BOOSTER 04


IK BOOSTER 05


IK BOOSTER 06


IK BOOSTER 07


IK BOOSTER 08


IK BOOSTER 09



IK BOOSTER 10


IK BOOSTER 11

2009-12-06

Chuck Jones Pernah Berkata...

"The whole essence of good drawing - and of good thinking, perhaps - is to work a subject down to the simplest form possible and still have it believable for what it is meant to be".

2009-12-03

Hayao Miyazaki Pernah Berkata...


"I Am Animator,I Feel Like I'm The Manager Of A Animation Cinema Factory. I Not An Executive,I'm Rather Like A Foreman,Like Boss Of A Team Craftsman. This is The Spirit Of How I Work"

2009-12-02

Buku Bulan Ini

Koleksi Yang Sempat KuBeli

Keluaran 008

Keluaran 007

Keluaran 006

Keluaran 005

Keluaran 003

Bulan nie ku preview sikit tentang buku 3d terbaru tahun ini iaitu 3D Artist, Buku ini dikeluarkan sebulan sekali, Buat masa sekarang telah 8 episod telah dikeluarkan di pasaran Malaysia.Harga dia berpatutan dalam RM 45 keatas kurang daripada RM 50.Ia juga diserta dengan CD merangkumi tutorial, free 3d object dll. Kalau di Kuala Terengganu, buku ini boleh diperolehi di Pustaka Seri Intan 2.

Keluaran 004

Keluaran 002

Keluaran 001

Ini adalah 3 Keluaran yang Ku terlepas nak beli, maklumlah masa tuu Ku masih bertugas di RDSB Jertih, Besut.Nak order balik pun laman web dia tulis "out of stock", jadi kempunan ler jawabnyer. Hemm korang juga boleh lawati laman web Buku seperti tertera link dibawah.

http://www.3dartistonline.com/

2009-12-01

Walt Disney Pernah Berkata...


"All Our Dream Can Come True,
If We Have Courage To Pursue Them"

"If You Can Dream It, You Can Do It"

Albert Einstein Pernah Berkata...


"Imagination Is More Important Than Knowledge"

Monsoon Cup Kembali


Monsoon Cup upacara tahunan kembali beraksi di Kuala Sungai Terengganu, Pertandingan ini telah mula berlangsung pada akhir tahun 2005 cetusan idea daripada Mantan Perdana Menteri Malaysia ke5 iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi dan juga Mantan Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Idris Jusoh. Pertandingan pada tahun ini berlansung pada 2 Disember 2009 hingga 6 Disember 2009.

2009-11-28

Salam AidilAdha 2009 @ 1430 Hijrah

Di kesempatan ini Ku ucapkan selamat menyambut Hari Raya AidilAdha kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia.

Sneak Peek BoBoiBoy drpd Animonsta Studious Sdn Bhd



Ku memang berbangga dengan hasil karya syarikat tempatan iaitu Animonsta Studious Sdn Bhd iaitu Siri TV "BoBoiBoy". Dengan ini, karya 3d animasi tempatan semakin pesat membangun untuk bersaing di peringkat antarabangsa, tidak kira apa pendapat orang yang cuba menyuntik sifat hasad dengki supaya kita berpecah belah, yang penting sekali kita mesti lakukan yang terbaik walaupun apa pekerjaan yang kita lakukan.Syabas Ku ucapkan kepada Animonsta Studious Sdn. Bhd.

2009-11-12

Buku Bulan November


Koleksi Ke4-4 Siri Novel Twilight
Siri Novel pertama iaitu "Twilight"

Siri Novel ke2 iaitu "New Moon"

Siri Novel ke3 iaitu "Eclipse"

Siri Novel Ke4 iaitu "Breaking Dawn"

Askm semua, huh.. lama gak Ku tak update blog aku nie. Hemm Ku sibuk sikit kat pejabat kene uruskan siri TV baru sykt Ku bekerja iaitu Chiee:Pengembaraan Si Genius sebanyak 13 episod.Berbeza berbanding Taman Laut, 1 Episod ade A&B, Chiee pulak 1 Episod = 300 Scene lebih kurang.Memang bukan senang nak buat animasi nie, perlu masa yang panjang dan perancangan yang teliti.Berbalik pada siri novel terbaru bulan nie iaitu Siri Novel Twilight.

Mengisahkan konflik cinta 3 segi di antara remaja wanita manusia dengan pontianak lelaki dan serigala jadian lelaki.Ia juga menarik akibat permusahan tradisi di antara kaum pontianak dengan kaum serigala jadian.Novel ini bergenra Romantik,Seram dan aksi.Stefenie Meyer iaitu penulis siri novel ini telah merancang untuk menghasilkan siri Novelnya yang kelima bertajuk "Midnight Sun" pada tahun 2010.Manakala Filem Twilight New Saga: New Moon akan ditayang di seluruh pawagam pada 20 November 2009.Harap-harap filem nie lebih menyelitkan aksi berbanding filem pertamanya dahulu.

2009-10-06

FanArt untuk Lawak Kampus karya Keith





Hemm... Korang semua minat dengan cerita komik Strip Lawak Kampus di dalam majalah komik Gempak.Lawak Kampus adalah salah satu karya Keith iaitu kartunis di Syarikat Penerbitan Art Square Creation Sdn Bhd.Ku merupakan salah seorang peminat setia Komik Strip Lawak Kampus.Ku berkesempatan membuat salah satu karakter utama cerita Lawak Kampus iaitu Vanness dalam bentuk 3D modeler dengan menggunakan perisian LightWave 9.2.Ku juga menggunakan perisian Adobe Photoshop CS2 untuk mengedit gambar karakter 3D tersebut.

2009-09-22

Karya Redang Digital Sdn. Bhd.










Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430 Hijrah

Di kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri kepada semua yang mengenali diri ini, dan mohon maaf zahir dan batin kepada semua ahli keluarga dan rakan-rakan sekalian.

2009-08-27

Buku Bulan September Yang Dinantikan


Buku yang Ku nantikan iaitu The Lost Symbol bakal diterbitkan pada 15 September 2009 karya Dan Brown iaitu penulis yang telah menghasilkan karya novel bertajuk The Da Vinci Code, Angels & Demons, Deception Point dan Digital Fortress. Novel fiction ini adalah siri 3 yang melibatkan Prof. Robert Langdon pensyarah bahagian Simbologi di Universiti Harvard di dalam merungkai misteri organisasi rahsia Freemason.

Teaser Filem Upin & Ipin:Angkasa


Ku berbangga kerana Les'Copaque Production Sdn Bhd bakal menayangkan Filem kedua mereka iaitu Upin & Ipin : Angkasa pada tahun 2011.Proses pembikinan filem tersebut sedang giat dijalankan. Diharap pihak produksi LCPSB menghasilkan filem yang lebih gempak daripada filem pertama mereka.

Upin & Ipin Bertemu Tun Dr Mahathir


Kita berbangga kepada Negarawan Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir Mohammed kerana telah menubuhkan satu dasar Teknologi Maklumat Negara dengan mewujudkan satu badan kerajaan iaitu MSC untuk memacu pertubuhan ICT di Malaysia. Terima Kasih kepada "CheDet".

2009-08-18

Buku Bulan Ogos // Siri Novel Fiction "The Old Kingdom"

Siri 1: Sabriel

Siri 2 : Lirael

Siri 3 : Abhorsen

Salam 1Malaysia semua bulan nie aku dah beli 3 buku daripada siri The Old Kingdom, mengisahkan perjalanan Sabriel iaitu seorang budak perempuan yang kehilangan semua keluarganya akibat peperangan, Sabriel telah diselamatkan oleh seorang Magician/Necromencer Abhorsen lalu mengambilnya sebagai anak angkat, untuk mengetahui kisah selanjutnye, hemm.. beli la kat kedai buku terdekat."Nak cerita sampai habis pun... Ku xhabis baca lagi HuHuHu.

2009-08-02

Karakter Modeler









Assalamualikum kepada semua pembaca blogKu yang beragama Islam, bagi yang bukan Muslim salam sejahtera. Baru-baru nie Ku ditawarkan untuk merekabentuk Karakter 3D bagi siri TV yang bakal ditayangkan tahun hadapan iaitu Penjejak,mereka telah menjalinkan kerjasama dengan pihak MDEC untuk menghasilkan 13 episod untuk siri TV animasi tersebut. Aku juga berpeluang untuk menambahkan pendapatan sampinganKu dengan merekabentuk karakter 3D tersebut.Semoga mereka sukses dalam menyiapkan siri animasi mereka. Ehem-ehem kalau ade lagi yang hendak didesignkan beritahulah ya hehehe.
Baru-baru nie, pada hari Sabtu , 25 Julai 2009 kita dikejutkan dengan berita kematian Pengarah tersohor di negara kita iaitu Allahyarhamah Yasmin Ahmad.Beliau menghembuskan nafas terakhir jam 11.25 malam di Hospital Pakar Damansara.Namun begitu, ade juga segelitir manusia yang tidak berperikemanusiaan mengeluarkan artikel yang menguris hati keluarga Yasmin Ahmad dan juga peminat-peminatnya.Ku tertanya kenapa bangsa Melayu beragama Islam sanggup menulis dan menerbit artikel tersebut.Hemm bangsa Melayu sudah hilang identiti dan sesat di dalam mencari arah tujuan. Marilah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah dan Surah Yas'in kepada roh Allahyarhamah Yasmin Ahmad. Semoga rohnya ditempatkan di dalam golongan yang beriman.