2010-06-24

Assassin's Creed Brotherhood

Game Trailers





Gameplay Review

2010-06-23

Antara Pegasus Dengan Unicorn

Menurut Mitos Bangsa Greek Pegasus adalah seekor Kuda yang mempunyai sayap.ia di gelar Dewa kuda di dalam mitos greek.Menurut mitos Pegasus terbentuk daripada darah Medusa akibat dibunuh oleh Perseus di bantu oleh Dewi Athena.Manakala Unicorn pula menurut mitos Kuda yang mempunyai tanduk di dahi.Berekor seperti singa dan janggut seperti kambing.Mitos mengatakan bahawa tanduk unicorn boleh mengubati pesakit yang terkena racun.Darahnya juga dikatakan boleh menjadikan si peminum hidup kekal abadi


Pegasus


Unicorn

2010-06-20

Kibaran Poster Taman Laut

Poster Taman Laut telah dikibarkan diluar pejabat Redang Digital Sdn Bhd.

2010-06-19

Antara Nakhoda Tanggang Dengan Malim Kundang

Alkisah iaitu cerita-cerita dahulu kala iaitu hidup seorang anak lelaki bernama Tanggang @ Kundang dengan ibunya yang serba daif.Lalu si anak meminta izin dengan ibunya untuk belayar untuk mencari kerja, Lalu tinggallah si ibu keseorangan dan menanti anaknya pulang menjadi orang yang berjaya.Saban tahun berganti tahun maka Tanggang@Kundang telah berjaya memiliki Kapal dagangan sendiri dan berkahwin dengan anak orang kaya dan cantik rupawan. Suatu hari Tanggang@Kundang telah balik ke kampung halaman atas urusan niaga.Lalu si ibu ingin berjumpa dengan anaknya iaitu Tanggang@Kundang,tetapi beliau tidak mengaku itu ibunya lalu menghalau ibunya keluar daripada kapalnya. Si ibu pun dengan pasrah telah memohon kepada Tuhan agar disumpah menjadi batu.Lalu Nakhoda Tanggang@ Malim Kundang serta anak kapalnya termasuk isterinya telah bertukar menjadi batu.Namun kedua-dua cerita ini hampir serupa adakah ia satu kebetulan? fikir-fikirkan...

Batu Malim Kundang yang terdapat di Pantai Air Manis,Padang,Indonesia.

New Workstation

Haha selamat datang ke stesen kerja baru haku.Walau x seberapa canggih tapi bleh lah wat keje 3d tu huhu.

2010-06-16

Trailer terbaru TV Siri BoBoiBoy

Trailer BoBoiBoy

2010-06-12

Sidang Akhbar

Pada 12 Jun 2010 Akbar Sinar Harian Edisi Timur telah menerbitkan sidang akhbar bagi memperkenalkan produk terbitan Redang Digital Sdn Bhd iaitu TV Siri Animasi 13 Episod Taman Laut.Mereka telah mewawancara CEO RDSB pada hari Rabu 9 Jun 2010.Ku harap promosi dapat menghangatkan lagi rating tayangan TV Siri Taman Laut yang sedang ditayangkan setiap hari Jumaat jam 9.00 pagi.

2010-06-06

Buku Terbaru

Dua buku terbaru yang hendakKu ulas iaitu Nvision dan Computer Arts Projects

Majalah Nvision Isu ke 004

Korang bleh dapatinya di pasaran dengan harga RM 29.90 sebuah.Majalah nie merupakan majalah rasmi bagi pengeluar Graphic Card terkemuka Nvidia.Ia banyak membincangkan tentang games,movie,technology dan juga art yang meliputi semua industri creative 3D.

Majalah Computer Arts Projects Isu ke 135

Buku nie pula iaitu Computer Arts Projects isu ke 135, korang bleh dapatinya di pasaran dengan harga 54.50 sebuah.Majalah ini menekankan sesuatu topik berlainan bagi setiap isunya. Isu ke 135 nie membincangkan tentang rekabentuk logo yang baik serta ulasan tentang artis perakabentuk logo yang telah berjaya di peringkat antarabangsa.

2010-06-02

Rekabentuk Logo

Dibawah adalah dua rekabentuk logo bagi syarikat animasi baru kawanKu Meganimasi Studio Sdn Bhd, Beliau telah mendapat peruntukan Pre-Seed daripada MDEC untuk menghasilkan trailers tv siri sebanyak 13 episod.Ku berbesar hati untuk merekabentuk logo syarikat mereka sebagai tanda persahabatan.Walau per per pun di harap mereka berjaya dalam mengharungi cabaran dan dugaan di dalam alam perniagaan.
Rekabentuk Pertama

Rekabentuk Kedua