2009-08-27

Buku Bulan September Yang Dinantikan


Buku yang Ku nantikan iaitu The Lost Symbol bakal diterbitkan pada 15 September 2009 karya Dan Brown iaitu penulis yang telah menghasilkan karya novel bertajuk The Da Vinci Code, Angels & Demons, Deception Point dan Digital Fortress. Novel fiction ini adalah siri 3 yang melibatkan Prof. Robert Langdon pensyarah bahagian Simbologi di Universiti Harvard di dalam merungkai misteri organisasi rahsia Freemason.

Teaser Filem Upin & Ipin:Angkasa


Ku berbangga kerana Les'Copaque Production Sdn Bhd bakal menayangkan Filem kedua mereka iaitu Upin & Ipin : Angkasa pada tahun 2011.Proses pembikinan filem tersebut sedang giat dijalankan. Diharap pihak produksi LCPSB menghasilkan filem yang lebih gempak daripada filem pertama mereka.

Upin & Ipin Bertemu Tun Dr Mahathir


Kita berbangga kepada Negarawan Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir Mohammed kerana telah menubuhkan satu dasar Teknologi Maklumat Negara dengan mewujudkan satu badan kerajaan iaitu MSC untuk memacu pertubuhan ICT di Malaysia. Terima Kasih kepada "CheDet".

2009-08-18

Buku Bulan Ogos // Siri Novel Fiction "The Old Kingdom"

Siri 1: Sabriel

Siri 2 : Lirael

Siri 3 : Abhorsen

Salam 1Malaysia semua bulan nie aku dah beli 3 buku daripada siri The Old Kingdom, mengisahkan perjalanan Sabriel iaitu seorang budak perempuan yang kehilangan semua keluarganya akibat peperangan, Sabriel telah diselamatkan oleh seorang Magician/Necromencer Abhorsen lalu mengambilnya sebagai anak angkat, untuk mengetahui kisah selanjutnye, hemm.. beli la kat kedai buku terdekat."Nak cerita sampai habis pun... Ku xhabis baca lagi HuHuHu.

2009-08-02

Karakter Modeler









Assalamualikum kepada semua pembaca blogKu yang beragama Islam, bagi yang bukan Muslim salam sejahtera. Baru-baru nie Ku ditawarkan untuk merekabentuk Karakter 3D bagi siri TV yang bakal ditayangkan tahun hadapan iaitu Penjejak,mereka telah menjalinkan kerjasama dengan pihak MDEC untuk menghasilkan 13 episod untuk siri TV animasi tersebut. Aku juga berpeluang untuk menambahkan pendapatan sampinganKu dengan merekabentuk karakter 3D tersebut.Semoga mereka sukses dalam menyiapkan siri animasi mereka. Ehem-ehem kalau ade lagi yang hendak didesignkan beritahulah ya hehehe.
Baru-baru nie, pada hari Sabtu , 25 Julai 2009 kita dikejutkan dengan berita kematian Pengarah tersohor di negara kita iaitu Allahyarhamah Yasmin Ahmad.Beliau menghembuskan nafas terakhir jam 11.25 malam di Hospital Pakar Damansara.Namun begitu, ade juga segelitir manusia yang tidak berperikemanusiaan mengeluarkan artikel yang menguris hati keluarga Yasmin Ahmad dan juga peminat-peminatnya.Ku tertanya kenapa bangsa Melayu beragama Islam sanggup menulis dan menerbit artikel tersebut.Hemm bangsa Melayu sudah hilang identiti dan sesat di dalam mencari arah tujuan. Marilah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah dan Surah Yas'in kepada roh Allahyarhamah Yasmin Ahmad. Semoga rohnya ditempatkan di dalam golongan yang beriman.