2011-04-29

Buku Terbaru

Ok untuk akhir bulan april ini, aku akan previewkan buku 3D Artist keluaran yang ke 26,Master Realistic Fur & Hair,Korang bleh dapatkannya dipasran dengan harga RM 39.90 senaskah, namun aku sedikit terkilan kerana telepas lagi membeli satu keluaran 3D Artist yang ke 25. Hemm... nak buat camne kan dah terlepas.

Buku kedua untuk rujukan akhir bulan nie iaitu Doctorjob's Courses Now terbitan GTI Media Sdn Bhd, rujukan kepada industri seni, rekabentuk dan penerbitan seni.Korang bleh dapatkannya di pasaran dengan harga hanya RM 6.50 senaskah.

2011-04-18

The Beatles Revealed




Buku ini adalah biografi tentang kumpulan muzik The Beatles, ditulis oleh Hugh Fielder sarat dengan gambar serta sejarah pembentukkan kumpulan The Beatles, Buku ini berharga RM 60.00 sebuah setebal 200 mukasurat. Korang bleh dapatkannya di pasaran terdekat. Buku ini adalah terbitan Flame Tree Publishing.

2011-04-08

Buku Terbaru


Buku pertama yang inginKu kongsi bersam iaitu Digital Artist keluaran yang ke 17:Paint Manga, korang bleh dapatkannya di kedai buku berhampiran dengan harga RM 49,00 sebuah.

Buku Kedua yang aku ingin kongsikan bersama korang iaitu Otaku USA, buku nie mengambil medium Manga,Gaming,J-Pop,Action Figure & Cosplay sebagai bahan rujukan.Korang bleh dapatkannya di pasaran hanya dengan harga RM 24.90 sebuah.


2011-04-03

IP Terbaru Keluaran Les'Copaque Production Sdn Bhd

Satu lagi karya terbaru Les'Copaque Production Sdn Bhd yang berbeza dengan Upin & Ipin serta Filem Geng : Pengembaraan Bermula. Perbezaan dari segi latar belakang yang bernuasakan 2D yang cantik serta watak-watak yang comel berpaksi kepada anime Jepun. Ape-apepun All The Best kepada syarikat Les'Copaque Production Sdn Bhd, semoga ia dapat memeriahkan lagi industri animasi negara kita lagi.