2010-05-10

Buku Terbaru

Buku di atas adalah hasil karya anak tempatan iaitu saudara Faid Hamzi Mohd Nor(Hamzi) yang telah memenangi MSC comic pitch pada tahun 2007 bertajuk Essence of Weapon (Senjata Elemen),Buku nie berharga RM 10.00 untuk Semenanjung Malaysia manakala RM 13.00 untuk Malaysia Timur.Buku ini diterbitkan dan diedarkan oleh syarikat Alaf21 Sdn. Bhd.

Haa.. nie pulak, adalah ditulis oleh Saudara Emil Bahari, penasihat projek oleh Saudara Rizal Bahari, penyunting oleh Saudara Fazli Ibrahim dan jurufoto oleh Saudara Azman Mat Said.Buku nie banyak berkisar tentang hubungan keris dengan Bangsa Melayu. Korang bleh dapatinya di pasaran denga harga RM 49.00 sebuah. Buku ini telah diterbitkan oleh Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.Buku ini dicetak setebal 109 muka surat.

Akhir sekali iaitu buku di atas ditulis oleh Saudara Muhammad Alexender @Wisnu Sasongko, Beliau juga pernah menulis buku Yakjuj dan Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung yang telah Ku warwarkan sebelum ini.Buku nie korang bleh belinya dengan harga RM 35.00 untuk Semenanjung Malaysia manakala untuk Malaysia Timur pula RM 38,00 sebuah.Buku ini telah diterbitkan oleh syarikat PTS Sdn. Bhd.Buku ini dicetak setebal 728 muka surat.

No comments: