2010-03-13

Buku Terbaru

Majalah 3D Artist keluaran 011

Hemm... cover majalah amat seksi. Huh tergugat iman nie, walaubagaimanapun kita nak belajar apa yang baik dan tinggalkan yang tidak elok.Korang semua kan dah besar panjang ,mesti menilai mana yang baik mahupun yang tidak elok.Majalah nie lebih mengfokuskan dalam bidang 3D.Korang bleh dapatkannya di pasaran sekarang dengan harga RM 47 sebuah.Kalau kat Terengganu, Korang bleh dapatkannya di Pustaka Seri Intan 2.

Majalah Digital Artist keluaran 003

Majalah nie pula lebih mengfokuskan bidang 2D iaitu himpunan artist yang terlibat menggunakan Adobe Photoshop,Coral Painter dll.Korang bleh dapatkan majalah nie dipasaran sekarang dengan harga RM 49 sebuah.Turut diberikan dvd percuma.Kalau kat Terengganu,korang bleh dapatkan di Pustaka Seri Intan 2.

Comic Classroom Class A keluaran Gempak Starz

Buku nie best jugak iaitu tunjuk ajar daripada himpunan kartunis daripada Gempak Starz.Antara kartunis yang terlibat dalam menjayakan buku nie iaitu Redcode,Michael Chuah,Kenny Chua,Ageha,Jo,Clay,Zint,Ho Seng Hui,Scho dan Tang Eng Huat.Korang bleh dapatkannya di pasaran sekarang dengan harga RM 8.50 sebuah.Bleh jugak didapati di 7 Eleven.

Comic Classroom Class B keluaran Gempak Starz

Nie plak sambungan tunjuk ajar daripada gabungan kartunis Gempak Starz,tetapi senarai kartunisnya lain daripada class A di atas.Antara Kartunis yang terlibat dalam buku keluaran kedua nie iaitu Xanseviera,Slaium,Keith,Oga,Zuan,Santa Claus,Puyuh,Puppeteer,Kaoru dan Nizam Bachok.Korang bleh dapatkannya di pasaran dengan harga RM 8.50 seunit.Bleh jugak didapati di permis 7 Eleven.

No comments: