2009-08-02

Karakter Modeler









Assalamualikum kepada semua pembaca blogKu yang beragama Islam, bagi yang bukan Muslim salam sejahtera. Baru-baru nie Ku ditawarkan untuk merekabentuk Karakter 3D bagi siri TV yang bakal ditayangkan tahun hadapan iaitu Penjejak,mereka telah menjalinkan kerjasama dengan pihak MDEC untuk menghasilkan 13 episod untuk siri TV animasi tersebut. Aku juga berpeluang untuk menambahkan pendapatan sampinganKu dengan merekabentuk karakter 3D tersebut.Semoga mereka sukses dalam menyiapkan siri animasi mereka. Ehem-ehem kalau ade lagi yang hendak didesignkan beritahulah ya hehehe.
Baru-baru nie, pada hari Sabtu , 25 Julai 2009 kita dikejutkan dengan berita kematian Pengarah tersohor di negara kita iaitu Allahyarhamah Yasmin Ahmad.Beliau menghembuskan nafas terakhir jam 11.25 malam di Hospital Pakar Damansara.Namun begitu, ade juga segelitir manusia yang tidak berperikemanusiaan mengeluarkan artikel yang menguris hati keluarga Yasmin Ahmad dan juga peminat-peminatnya.Ku tertanya kenapa bangsa Melayu beragama Islam sanggup menulis dan menerbit artikel tersebut.Hemm bangsa Melayu sudah hilang identiti dan sesat di dalam mencari arah tujuan. Marilah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah dan Surah Yas'in kepada roh Allahyarhamah Yasmin Ahmad. Semoga rohnya ditempatkan di dalam golongan yang beriman.

1 comment:

Axiim said...

Salam bro, Cuns artwork hang, teruskan berkarya ek. Maju BEB!

freelance ker skng?