2009-02-02

Karya Les'Copaque Mengaum di Pawagam pada 12/2/2009

Ini adalah video di sebalik tabir filem Geng Pengembaraan Bermula dihasilkan oleh Les'Copaque Production, Filem ini merupakan filem animasi 3 Dimensi pertama keluaran syarikat tempatan. Kita harus berbangga kerana hasil kerja anak Malaysia sekarang setanding dengan syarikat animasi luar negara. Walaupun cuma mempunyai 50 orang tenaga pekerja dan proses produksi selama 2 tahun dengan bajet cerita sebanyak RM 4 Juta. Ku tak sabar menanti kemunculannya di pawagam pada 12/02/2009.Diharapkan Syarikat Les'Copaque Production menghasilkan lebih banyak lagi filem animasi pada masa akan datang.

No comments: