2009-09-22
2009-08-27
Buku Bulan September Yang Dinantikan

Buku yang Ku nantikan iaitu The Lost Symbol bakal diterbitkan pada 15 September 2009 karya Dan Brown iaitu penulis yang telah menghasilkan karya novel bertajuk The Da Vinci Code, Angels & Demons, Deception Point dan Digital Fortress. Novel fiction ini adalah siri 3 yang melibatkan Prof. Robert Langdon pensyarah bahagian Simbologi di Universiti Harvard di dalam merungkai misteri organisasi rahsia Freemason.Teaser Filem Upin & Ipin:Angkasa
Ku berbangga kerana Les'Copaque Production Sdn Bhd bakal menayangkan Filem kedua mereka iaitu Upin & Ipin : Angkasa pada tahun 2011.Proses pembikinan filem tersebut sedang giat dijalankan. Diharap pihak produksi LCPSB menghasilkan filem yang lebih gempak daripada filem pertama mereka.
Upin & Ipin Bertemu Tun Dr Mahathir
Kita berbangga kepada Negarawan Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir Mohammed kerana telah menubuhkan satu dasar Teknologi Maklumat Negara dengan mewujudkan satu badan kerajaan iaitu MSC untuk memacu pertubuhan ICT di Malaysia. Terima Kasih kepada "CheDet".
2009-08-18
Buku Bulan Ogos // Siri Novel Fiction "The Old Kingdom"
Siri 2 : Lirael
Siri 3 : Abhorsen2009-08-02
Karakter Modeler
2009-07-19
Buku Bulan Julai


Hemm.. dah lamer tak update blog nie, Ku sibuk sikit bulan untuk menyiapkan Siri Animasi Taman Laut 9A & 10A. Walau ape pun Ku tetap dapat mencuri masa untuk berkongsi dengan anda sekalian Buku bulan nie.Apa lagi, tak lain tak bukan Buku Komik Transfomers Revenge Of The Fallen.Walaupun di Terengganu tak ader panggung wayang ( Biler nak ader yek???) tetapi dapat jugak tahu jalan ceritanya melalui medium komik. Kelebihannya iaitu ader cerita tambahan iaitu prequel sebelum Fallen sampai ke bumi.Nak tahu lebih lanjut sila dapatkan 3 komik nie di kedai buku berhampiran.Oh tak lupa juga Ku mengucapkan tahniah kepada rakan sekolej iaitu Hashimah Bt Harun (Shim) kerana telah melangsungkan perkahwinan pada 18 Julai 2009. Ku memohon maaf kerana tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan tersebut.Namun begitu sempat jugak Ku kirimkan hadiah kepadanya (Surprise)
2009-06-09
Buku Bulan Jun
Buku bulan nie iaitu "Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain", buku nie Ku beli kat Berjaya MegaMall Kuantan pada 5 Jun 2009. Buku nie mendebatkan samada Iskandar ataupun Alexander The Great adalah benar-benar Zulqarnain yang diceritakan di dalam Al-Quran ataupun orang lain. Harga buku ini murah sahaja hanya RM 17.50 iaitu 200 muka surat.2009-05-27
Pesanan Khidmat Masyarakat oleh Les'Copaque Sdn Bhd
Ku memang berbangga kepada syarikat Les'Copaque Sdn Bhd kerana bukan sahaja menghasilkan karya filem animasi 3d dan juga siri animasi TV 3d yang cukup hebat, malah mampu menghasilkan iklan untuk memberi pesanan khidmat kepada masyarakat. Secara tidak langsung, ia meberikan kesedaran sivil kepada masyarakat sambil terhibur dengan telatah dan humor yang disampaikan. Ku harap Les'Copaque Sdn Bhd terus maju dan menjadi syarikat setanding dengan studio animasi luar negara contohnya Walt Disney, Dreamwork, Pixar, Imagi dll.


