2009-08-27

Buku Bulan September Yang Dinantikan


Buku yang Ku nantikan iaitu The Lost Symbol bakal diterbitkan pada 15 September 2009 karya Dan Brown iaitu penulis yang telah menghasilkan karya novel bertajuk The Da Vinci Code, Angels & Demons, Deception Point dan Digital Fortress. Novel fiction ini adalah siri 3 yang melibatkan Prof. Robert Langdon pensyarah bahagian Simbologi di Universiti Harvard di dalam merungkai misteri organisasi rahsia Freemason.

Teaser Filem Upin & Ipin:Angkasa


Ku berbangga kerana Les'Copaque Production Sdn Bhd bakal menayangkan Filem kedua mereka iaitu Upin & Ipin : Angkasa pada tahun 2011.Proses pembikinan filem tersebut sedang giat dijalankan. Diharap pihak produksi LCPSB menghasilkan filem yang lebih gempak daripada filem pertama mereka.

Upin & Ipin Bertemu Tun Dr Mahathir


Kita berbangga kepada Negarawan Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir Mohammed kerana telah menubuhkan satu dasar Teknologi Maklumat Negara dengan mewujudkan satu badan kerajaan iaitu MSC untuk memacu pertubuhan ICT di Malaysia. Terima Kasih kepada "CheDet".

2009-08-18

Buku Bulan Ogos // Siri Novel Fiction "The Old Kingdom"

Siri 1: Sabriel

Siri 2 : Lirael

Siri 3 : Abhorsen

Salam 1Malaysia semua bulan nie aku dah beli 3 buku daripada siri The Old Kingdom, mengisahkan perjalanan Sabriel iaitu seorang budak perempuan yang kehilangan semua keluarganya akibat peperangan, Sabriel telah diselamatkan oleh seorang Magician/Necromencer Abhorsen lalu mengambilnya sebagai anak angkat, untuk mengetahui kisah selanjutnye, hemm.. beli la kat kedai buku terdekat."Nak cerita sampai habis pun... Ku xhabis baca lagi HuHuHu.

2009-08-02

Karakter Modeler









Assalamualikum kepada semua pembaca blogKu yang beragama Islam, bagi yang bukan Muslim salam sejahtera. Baru-baru nie Ku ditawarkan untuk merekabentuk Karakter 3D bagi siri TV yang bakal ditayangkan tahun hadapan iaitu Penjejak,mereka telah menjalinkan kerjasama dengan pihak MDEC untuk menghasilkan 13 episod untuk siri TV animasi tersebut. Aku juga berpeluang untuk menambahkan pendapatan sampinganKu dengan merekabentuk karakter 3D tersebut.Semoga mereka sukses dalam menyiapkan siri animasi mereka. Ehem-ehem kalau ade lagi yang hendak didesignkan beritahulah ya hehehe.
Baru-baru nie, pada hari Sabtu , 25 Julai 2009 kita dikejutkan dengan berita kematian Pengarah tersohor di negara kita iaitu Allahyarhamah Yasmin Ahmad.Beliau menghembuskan nafas terakhir jam 11.25 malam di Hospital Pakar Damansara.Namun begitu, ade juga segelitir manusia yang tidak berperikemanusiaan mengeluarkan artikel yang menguris hati keluarga Yasmin Ahmad dan juga peminat-peminatnya.Ku tertanya kenapa bangsa Melayu beragama Islam sanggup menulis dan menerbit artikel tersebut.Hemm bangsa Melayu sudah hilang identiti dan sesat di dalam mencari arah tujuan. Marilah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah dan Surah Yas'in kepada roh Allahyarhamah Yasmin Ahmad. Semoga rohnya ditempatkan di dalam golongan yang beriman.

2009-07-19

Buku Bulan Julai



Hemm.. dah lamer tak update blog nie, Ku sibuk sikit bulan untuk menyiapkan Siri Animasi Taman Laut 9A & 10A. Walau ape pun Ku tetap dapat mencuri masa untuk berkongsi dengan anda sekalian Buku bulan nie.Apa lagi, tak lain tak bukan Buku Komik Transfomers Revenge Of The Fallen.Walaupun di Terengganu tak ader panggung wayang ( Biler nak ader yek???) tetapi dapat jugak tahu jalan ceritanya melalui medium komik. Kelebihannya iaitu ader cerita tambahan iaitu prequel sebelum Fallen sampai ke bumi.Nak tahu lebih lanjut sila dapatkan 3 komik nie di kedai buku berhampiran.

Oh tak lupa juga Ku mengucapkan tahniah kepada rakan sekolej iaitu Hashimah Bt Harun (Shim) kerana telah melangsungkan perkahwinan pada 18 Julai 2009. Ku memohon maaf kerana tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan tersebut.Namun begitu sempat jugak Ku kirimkan hadiah kepadanya (Surprise)

2009-06-09

Buku Bulan Jun

Buku bulan nie iaitu "Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain", buku nie Ku beli kat Berjaya MegaMall Kuantan pada 5 Jun 2009. Buku nie mendebatkan samada Iskandar ataupun Alexander The Great adalah benar-benar Zulqarnain yang diceritakan di dalam Al-Quran ataupun orang lain. Harga buku ini murah sahaja hanya RM 17.50 iaitu 200 muka surat.

2009-05-27

Pesanan Khidmat Masyarakat oleh Les'Copaque Sdn Bhd










Ku memang berbangga kepada syarikat Les'Copaque Sdn Bhd kerana bukan sahaja menghasilkan karya filem animasi 3d dan juga siri animasi TV 3d yang cukup hebat, malah mampu menghasilkan iklan untuk memberi pesanan khidmat kepada masyarakat. Secara tidak langsung, ia meberikan kesedaran sivil kepada masyarakat sambil terhibur dengan telatah dan humor yang disampaikan. Ku harap Les'Copaque Sdn Bhd terus maju dan menjadi syarikat setanding dengan studio animasi luar negara contohnya Walt Disney, Dreamwork, Pixar, Imagi dll.

2009-05-26

Pertandingan Logo 1 Belia 1 Malaysia

Karya : kakiSeni
karya : kakiSeni
Ku juga ingin mencuba nasib sekali lagi pada pertandingan kali ini, Di atas adalah diantara hasil karya logo Ku yang telah siap. Kementerian Belia Dan Sukan telah menganjurkan pertandingan logo 1 Belia 1 Malaysia, Ia terbuka kepada warganegara Malaysia berumur di antara 15 hingga 40 Tahun, Hadiah berupa wang tunai sebanyak RM 5000, Sijil penghargaan dan hadiah iringan. Tarikh tutup pertandingan pada 15 hb Jun 2009. Untuk makluman lanjut sila layari web link di bawah.

2009-05-12

Buku Bulan Mei

Hemm.. buku bulan nie adalah kisah tentang sejarah Islam di Zaman Iskandar Zulkarnain iaitu Yakjuj Dan Makjuj. Buku ini memang berbaloi jika dibeli ini kerana dipenuhi dengan gambar dan jadual penerangan. Ku baca baru sampai muka surat 248, buku ini diterbitkan oleh PTS Sdn Bhd, Penulis buku ini iaitu saudara Muhammad Alexander Wisnu Sasongko. Harganya pun berpatutan hanya RM 31.50.
Bulan Mei nie memang bulan dukacita bagiKu kerana berlaku kehilangan komponen komputer di tempat kerjaKu. Namun begitu,siapalahKu hanya makhluk lemah begelar manusia yang selalu melakukan kesilapan.Peristiwa ini menjadi iktibar dan penambahbaikan pengalaman hidupKu.