2009-11-28

Sneak Peek BoBoiBoy drpd Animonsta Studious Sdn Bhd



Ku memang berbangga dengan hasil karya syarikat tempatan iaitu Animonsta Studious Sdn Bhd iaitu Siri TV "BoBoiBoy". Dengan ini, karya 3d animasi tempatan semakin pesat membangun untuk bersaing di peringkat antarabangsa, tidak kira apa pendapat orang yang cuba menyuntik sifat hasad dengki supaya kita berpecah belah, yang penting sekali kita mesti lakukan yang terbaik walaupun apa pekerjaan yang kita lakukan.Syabas Ku ucapkan kepada Animonsta Studious Sdn. Bhd.

2009-11-12

Buku Bulan November


Koleksi Ke4-4 Siri Novel Twilight
Siri Novel pertama iaitu "Twilight"

Siri Novel ke2 iaitu "New Moon"

Siri Novel ke3 iaitu "Eclipse"

Siri Novel Ke4 iaitu "Breaking Dawn"

Askm semua, huh.. lama gak Ku tak update blog aku nie. Hemm Ku sibuk sikit kat pejabat kene uruskan siri TV baru sykt Ku bekerja iaitu Chiee:Pengembaraan Si Genius sebanyak 13 episod.Berbeza berbanding Taman Laut, 1 Episod ade A&B, Chiee pulak 1 Episod = 300 Scene lebih kurang.Memang bukan senang nak buat animasi nie, perlu masa yang panjang dan perancangan yang teliti.Berbalik pada siri novel terbaru bulan nie iaitu Siri Novel Twilight.

Mengisahkan konflik cinta 3 segi di antara remaja wanita manusia dengan pontianak lelaki dan serigala jadian lelaki.Ia juga menarik akibat permusahan tradisi di antara kaum pontianak dengan kaum serigala jadian.Novel ini bergenra Romantik,Seram dan aksi.Stefenie Meyer iaitu penulis siri novel ini telah merancang untuk menghasilkan siri Novelnya yang kelima bertajuk "Midnight Sun" pada tahun 2010.Manakala Filem Twilight New Saga: New Moon akan ditayang di seluruh pawagam pada 20 November 2009.Harap-harap filem nie lebih menyelitkan aksi berbanding filem pertamanya dahulu.

2009-10-06

FanArt untuk Lawak Kampus karya Keith





Hemm... Korang semua minat dengan cerita komik Strip Lawak Kampus di dalam majalah komik Gempak.Lawak Kampus adalah salah satu karya Keith iaitu kartunis di Syarikat Penerbitan Art Square Creation Sdn Bhd.Ku merupakan salah seorang peminat setia Komik Strip Lawak Kampus.Ku berkesempatan membuat salah satu karakter utama cerita Lawak Kampus iaitu Vanness dalam bentuk 3D modeler dengan menggunakan perisian LightWave 9.2.Ku juga menggunakan perisian Adobe Photoshop CS2 untuk mengedit gambar karakter 3D tersebut.

2009-09-22

Karya Redang Digital Sdn. Bhd.










Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430 Hijrah

Di kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri kepada semua yang mengenali diri ini, dan mohon maaf zahir dan batin kepada semua ahli keluarga dan rakan-rakan sekalian.

2009-08-27

Buku Bulan September Yang Dinantikan


Buku yang Ku nantikan iaitu The Lost Symbol bakal diterbitkan pada 15 September 2009 karya Dan Brown iaitu penulis yang telah menghasilkan karya novel bertajuk The Da Vinci Code, Angels & Demons, Deception Point dan Digital Fortress. Novel fiction ini adalah siri 3 yang melibatkan Prof. Robert Langdon pensyarah bahagian Simbologi di Universiti Harvard di dalam merungkai misteri organisasi rahsia Freemason.

Teaser Filem Upin & Ipin:Angkasa


Ku berbangga kerana Les'Copaque Production Sdn Bhd bakal menayangkan Filem kedua mereka iaitu Upin & Ipin : Angkasa pada tahun 2011.Proses pembikinan filem tersebut sedang giat dijalankan. Diharap pihak produksi LCPSB menghasilkan filem yang lebih gempak daripada filem pertama mereka.

Upin & Ipin Bertemu Tun Dr Mahathir


Kita berbangga kepada Negarawan Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir Mohammed kerana telah menubuhkan satu dasar Teknologi Maklumat Negara dengan mewujudkan satu badan kerajaan iaitu MSC untuk memacu pertubuhan ICT di Malaysia. Terima Kasih kepada "CheDet".

2009-08-18

Buku Bulan Ogos // Siri Novel Fiction "The Old Kingdom"

Siri 1: Sabriel

Siri 2 : Lirael

Siri 3 : Abhorsen

Salam 1Malaysia semua bulan nie aku dah beli 3 buku daripada siri The Old Kingdom, mengisahkan perjalanan Sabriel iaitu seorang budak perempuan yang kehilangan semua keluarganya akibat peperangan, Sabriel telah diselamatkan oleh seorang Magician/Necromencer Abhorsen lalu mengambilnya sebagai anak angkat, untuk mengetahui kisah selanjutnye, hemm.. beli la kat kedai buku terdekat."Nak cerita sampai habis pun... Ku xhabis baca lagi HuHuHu.

2009-08-02

Karakter Modeler









Assalamualikum kepada semua pembaca blogKu yang beragama Islam, bagi yang bukan Muslim salam sejahtera. Baru-baru nie Ku ditawarkan untuk merekabentuk Karakter 3D bagi siri TV yang bakal ditayangkan tahun hadapan iaitu Penjejak,mereka telah menjalinkan kerjasama dengan pihak MDEC untuk menghasilkan 13 episod untuk siri TV animasi tersebut. Aku juga berpeluang untuk menambahkan pendapatan sampinganKu dengan merekabentuk karakter 3D tersebut.Semoga mereka sukses dalam menyiapkan siri animasi mereka. Ehem-ehem kalau ade lagi yang hendak didesignkan beritahulah ya hehehe.
Baru-baru nie, pada hari Sabtu , 25 Julai 2009 kita dikejutkan dengan berita kematian Pengarah tersohor di negara kita iaitu Allahyarhamah Yasmin Ahmad.Beliau menghembuskan nafas terakhir jam 11.25 malam di Hospital Pakar Damansara.Namun begitu, ade juga segelitir manusia yang tidak berperikemanusiaan mengeluarkan artikel yang menguris hati keluarga Yasmin Ahmad dan juga peminat-peminatnya.Ku tertanya kenapa bangsa Melayu beragama Islam sanggup menulis dan menerbit artikel tersebut.Hemm bangsa Melayu sudah hilang identiti dan sesat di dalam mencari arah tujuan. Marilah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah dan Surah Yas'in kepada roh Allahyarhamah Yasmin Ahmad. Semoga rohnya ditempatkan di dalam golongan yang beriman.