2009-02-25

Kepulangan Awang Goneng






2009-02-22

Logo Hari & Minggu Belia 2009

Karya oleh KakiSeni

Baru-baru nie, Kementerian Belia dan Sukan telah menganjurkan satu pertandingan mecipta logo bagi sambutan Hari & Minggu Belia Malaysia 2009. Ku telah menghantarkan penyertaan logo tersebut, hemm... harap-harap menang laa.Tarikh tutup penyertaan pada 28 Februari 2009. Sila layari laman web http://www.kbs.gov.my/ untuk rujukan lebih lanjut.

2009-02-02

Karya Les'Copaque Mengaum di Pawagam pada 12/2/2009

Ini adalah video di sebalik tabir filem Geng Pengembaraan Bermula dihasilkan oleh Les'Copaque Production, Filem ini merupakan filem animasi 3 Dimensi pertama keluaran syarikat tempatan. Kita harus berbangga kerana hasil kerja anak Malaysia sekarang setanding dengan syarikat animasi luar negara. Walaupun cuma mempunyai 50 orang tenaga pekerja dan proses produksi selama 2 tahun dengan bajet cerita sebanyak RM 4 Juta. Ku tak sabar menanti kemunculannya di pawagam pada 12/02/2009.Diharapkan Syarikat Les'Copaque Production menghasilkan lebih banyak lagi filem animasi pada masa akan datang.

Dari 2D Kepada 3D Transformasi Filem Negara Malaysia

Ini adalah diantara animasi 3D terbitan Filem Negara Malaysia. Seingat Ku Filem Negara Malaysia merupakan pengasas industri animasi di negara kita. Pada awal tahun 80'an, kita boleh lihat karya Filem Negara Malaysia yang ditayangkan di RTM/TV1. Antara tajuk animasi 2D yang telah ditayangkan iaitu Sang Kancil, Gagak Yang Pandai dan lain-lain. Ini merupakan satu kemajuan dalam industri animasi di negara kita.

2009-01-28

Azam Tahun 2009 / 1430 Hijrah

Ku berazam untuk membaca sekurang-kurangnya satu buku setiap bulan, buku bulan nie iaitu Growing Up inTrengganu by Awang Goneng. Buku ini menceritakan seorang anak Terengganu yang telah berjaya mengharungi kehidupan di luar negara iaitu di United Kingdom sebagai seorang freelance writer. Cerita berkisar tentang kenangan beliau semasa kecil di Terengganu Darul Iman.
Ehem ehem.. berita gembira kepada semua pembaca blogKu, Lightwave 9.6 telah muncul. HAHAHA (gelak besar). Harap-harap ade function baru.

2008-12-24

Satira Akhir Tahun

dairi hidupKu

kenang daKu dalam doaMu

syilingKu ??

Ku melukis diriKu

Ku dilukisi

graffiti wajahKu
Nampaknya pejam celik kita telah sampai ke penghujung tahun Hijrah 1429 dan tahun 2008 masihi. Umur semakin bertambah, maka kita harus hargai setiap detik masa yang kita lalui. Yang berlalu tak kan kembali lagi.Yang penting berusahalah untuk memajukan dirimu, keluargamu, agamamu, bangsamu dan negaramu menjadi insan yang berguna.

2008-12-23

Projek Komik 3D " Malacca Empire"


Watak Protogonis
Megat Alam


Thirana

Kenchana


Pawana


Orang Kaya Qassim


Embun

Putri Dylaila 15 Tahun

Putri Dylaila 5 Tahun


Prof Megat Iskandar 40 Tahun


Prof Megat Iskandar 50 Tahun


Watak Antigonis

Adhuka

Prof A. Damien
Ini adalah cadangan projek untuk komik 3D hasil daripada olahan idea daripada sekumpulan untuk mencari identiti dan peluang untuk bekarya. Harapan tinggi menggunung agar mencapai bintang yang gemilang bermula tahun 2009, azam baru kami bertekad untuk menjadi insan yang bekarya dalam bentuk seni. Melacca Empire, a new era begin permulaan sebuah harapan.