2009-05-27

Pesanan Khidmat Masyarakat oleh Les'Copaque Sdn Bhd










Ku memang berbangga kepada syarikat Les'Copaque Sdn Bhd kerana bukan sahaja menghasilkan karya filem animasi 3d dan juga siri animasi TV 3d yang cukup hebat, malah mampu menghasilkan iklan untuk memberi pesanan khidmat kepada masyarakat. Secara tidak langsung, ia meberikan kesedaran sivil kepada masyarakat sambil terhibur dengan telatah dan humor yang disampaikan. Ku harap Les'Copaque Sdn Bhd terus maju dan menjadi syarikat setanding dengan studio animasi luar negara contohnya Walt Disney, Dreamwork, Pixar, Imagi dll.

2009-05-26

Pertandingan Logo 1 Belia 1 Malaysia

Karya : kakiSeni
karya : kakiSeni
Ku juga ingin mencuba nasib sekali lagi pada pertandingan kali ini, Di atas adalah diantara hasil karya logo Ku yang telah siap. Kementerian Belia Dan Sukan telah menganjurkan pertandingan logo 1 Belia 1 Malaysia, Ia terbuka kepada warganegara Malaysia berumur di antara 15 hingga 40 Tahun, Hadiah berupa wang tunai sebanyak RM 5000, Sijil penghargaan dan hadiah iringan. Tarikh tutup pertandingan pada 15 hb Jun 2009. Untuk makluman lanjut sila layari web link di bawah.

2009-05-12

Buku Bulan Mei

Hemm.. buku bulan nie adalah kisah tentang sejarah Islam di Zaman Iskandar Zulkarnain iaitu Yakjuj Dan Makjuj. Buku ini memang berbaloi jika dibeli ini kerana dipenuhi dengan gambar dan jadual penerangan. Ku baca baru sampai muka surat 248, buku ini diterbitkan oleh PTS Sdn Bhd, Penulis buku ini iaitu saudara Muhammad Alexander Wisnu Sasongko. Harganya pun berpatutan hanya RM 31.50.
Bulan Mei nie memang bulan dukacita bagiKu kerana berlaku kehilangan komponen komputer di tempat kerjaKu. Namun begitu,siapalahKu hanya makhluk lemah begelar manusia yang selalu melakukan kesilapan.Peristiwa ini menjadi iktibar dan penambahbaikan pengalaman hidupKu.

2009-05-11

Filem-filem Animasi 2009

Filem Planet 51 pada 20 hb November 2009

Filem Astro Boy pada 23 hb Oktober 2009

Filem Cloudy With A Chance Of Meatballs pada 18 hb September 2009

Filem Ponyo On The Cliff By The Sea pada 14 hb Ogos 2009
Filem G-Force pada 24 hb Julai 2009


Filem Ice Age 3 pada 1 hb Jun 2009

Filem Up pada 29 hb Mei 2009
Filem Monsters vs Aliens pada 27 hb Mac 2009

Character Animation Demoreel

Karya kakiSeni

Hemm akhirnya siap juga character bawang putih ku ni dianimate, namun ku tetap terus berusaha untuk memperbaiki lagi animation ku yang agak kaku.

2009-05-04

Demoreel Character Modeling

karya by kakiSeni

Nielah hasil himpunan karakter modeling yang Ku telah render, tambah dengan muzik Gamelan, Tradisi silam zaman istana lampau.