2008-09-29

KadRaya Redang Digital Sdn Bhd

2008-09-23

KadRaya Syawal 1429

2008-09-16

Kapal Angkasa




Rekabentuk Seni/Teksture/Tuturial by Tan Jin Ho






3D Model by KakiSeni

Model kapal angkasa Ku buat semasa Khursus Animasi 3D selama 6 Bulan di D3D@Terengganu merujuk tutorial yang telah dikongsi bersama oleh Lightwave Profesional Malaysia iaitu Tan Jin Ho. Hasil karya beliau yang terkenal iaitu cerita pendek Malaysian Friday. Beliau merupakan salah seorang pengiat seni 3D menggunakan perisian Lightwave. Tutorial ini mengajar kita untuk memahirkan penggunaan UV Texture.

Ku gembira kerana Lightwave 3D 9.5 telah Ku perolehi dan banyak tambahan fungsi yang telah dilakukan oleh Newtek contohnya Fiber Fx tambahan tool Create Row, Untangle dan Spin Edge.
Banyak lagi fungsi-fungsi Lightwave 3D 9.5 yang telah diperbaharui.

2008-09-03

Puteri Gemala Sari


Konsep Seni & Rekabentuk Karakter ( ISE )




Model 3D menggunakan Lightwave 9.2
Istilah seni adalah luas dan infiniti tidak tertakluk pada bidang tertentu sahaja. PendapatKu semua bidang ada seninya. Ini kerana hakikatnya manusia inginkan yang cantik,menarik, enak dan sebagainya. Seni secara fizikal iaitu yang dapat dikesan oleh pancaindera manusia mata, hidung, telinga, lidah dan kulit. Seni secara mental iaitu kata-kata indah puisi,gurindam,sajak dan sebagainya. Seni secara emosi hubungan sesama manusia dan alam. Seni secara Spiritual iaitu cinta Agung kepada Pencipta Allah SWT dan kasih kepada Rasulullah SAW. Hakikatnya seni dan manusia tidak dapat dipisahkan.

Perpustakaan Negeri Terengganu Darul Iman



Hemm.. ini karyaKu semasa mengikuti kursus animasi selama 6 Bulan di D3D@Terengganu,
Terima kasih diatas tunjuk ajar CheKu Afandi yang telah banyak mengajar tentang perisisan Lightwave. Saje Render wireframe bagi nampak nilai estatika seni bina. Bagi Ku semua dalam kehidupan dunia ini adalah seni. Jadi gunakanlah kemahiran anda untuk menghasilkan seni yang berguna pada agama, bangsa dan negara.

Bawang Putih

Konsep Seni & Rekabentuk Karakter ( kakiSeni )

Model 3D Karakter menggunakan Lighwave 9.2
Ku membuat karakter ini siap dengan Rigging & Morphing/Lipsync. Ku kesuntukan masa untuk menganimasikannya, namun Ku tetap akan meneruskannya bila masa terluang nanti. Menunggu keluaran perisisan Lightwave 9.5 Hemmm.... lambatnya.

2008-09-02

KaryaKu lagi


Konsep seni / Rekabentuk Karakter (ISE)


Model 3D menggunakan perisian Lightwave 9.2
KaryaKu ini bernama Raja Mambang Shahbana adik kepada Raja Mambang Kasturi. Setiap karakter 3d mengambil masa dalam 2 minggu untuk disiapkan. Namun Ku harus memahirkan lagi dalam penghasilan karyaKu untuk menjadi yang terbaik.Karakter ini masih belum dilakukan Rigging dan Morphing untuk Lipsync.

KaryaKu seterusnya


Konsep Seni/Rekabentuk Karakter (ISE)


Model 3D menggunakan perisian Lightwave 9.2


KaryaKu ini bernama Raja Mambang Kasturi juga merupakan watak di dalam cerita rakyat iaitu Putera Indera Pahlawan.Namun sedikit terkilan kerana file karyaKu ini telah rosak.Walaubagaimanapun Ku mesti meneruskan usaha untuk menjadi Animator yang berjaya.

Logo Black Dragon Studio


Ini ialah logo Black Dragon Studio yang Ku cipta sendiri. Naga hitam melambangkan kekuatan dan jati diri, kebebasan didalam karyaKu dan tidak tertakluk pada individu lain.Huruf T melambangkan namaKu.

Karya SulungKu


Konsep Seni/Rekabentuk Karakter ( ISE )


Model 3D menggunakan Lightwave 9.2


Ini karyaKu yang pertama menggunakan perisian Lightwave 9.2. Karakter ini bernama Putera Indera Pahlawan watak utama di dalam cerita rakyat daripada negeri Perlis. Konsep Seni dan Rekabentuk Karakter di hasilkan oleh kawanKu Mohamad Ikhsan Kamaruddin @ ISE.

2008-09-01

Lokasi


View Larger Map

Alamat : No 5 Jalan Jail
20100 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman
Malaysia